Friday, February 20, 2009

Syabas Tidak Prihatin

Syabas atau Syarikat Bekalan Air Selangor amat tidak prihatin dengan masalah dan keadaan masyarakat. Apatah lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi masa kini. Ini adalah pengalaman diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang mempunyai pengalaman yang sama.
Kadang-kadang kita terlupa atau lalai untuk menjelaskan bil air, maka pihak Syabas akan memotong bekalan air di premis atau rumah kita. Itu kita tidak marah pada Syabas kerana ini berlaku atas kelalaian diri kita sendiri. Apa yang ingin kita luahkan kekecewaan ialah apabila kita menghubungi pihak Syabas untuk membuat penyambungan semula, maka pihak Syabas tanpa budi bicara sedikitpun mengarahkan kita menjelaskan baki tertunggak sebelum penyambungan dapat dibuat. Maka terpaksalah kita membuat pembayaran penuh bagi baki yang dinyatakan. Dengan ini kita mengharapkan penyambungan dapat dibuat serta merta. Akan tetapi penyambungan hanya akan dibuat selepas jam 5.00 petang. Kenapakah ini berlaku? Mengapakah Syabas tidak dapat membuat penyambungan serta-merta? Adakah kakitangan Syabas hanya ingin menjalankan tugas selepas jam 5.00 petang supaya mereka boleh menuntut bayaran kerja lebih masa (Over time claim)? Tak bolehkan pegawai yang bertugas membuat satu panggilan telefon meminta kakitangan yang berada di lapangan membuat sambungan serta merta kalau paling tidak pun dalam tempoh masa kurang dari 2 jam. Ini menambahkan kekecewaan pengguna.
Cubalah kita bayangkan keperluan terhadap air pada masa itu. Jika terdapat bayi yang ingin dibancuh susunya, apa yang akan berlaku. Mungkin terdapat org tua-tua yang memerlukan air, apa yang akan berlaku. Jika berlaku sesuatu, adakah Syabas ingin bertanggungjawab?